Monday, December 17, 2012

HATI MANUSIA TAK SAMA




haii... rindu saya tak??
lama kan saya tak kongsi cerita dengan awak....huhu aku pon rindu kot nak gossip2 dengan kau jah, cuma al maklum lah, sejak 2 menjak ni aku sangat-sangat busy kalah perdana menteri...
jah... susahnya kan nak jaga hati orang.... 
jaga hati kau je la senang...




hati manusia , sememangnya aku tak boleh jangka..


macam laa hati aku jugak...
kita tak tahu apa orang nak dari kita walaupun kita rasa kita dah cuba jaga hati orang tu..
kadang-kadang bila terlampau menjaga, tapi orang tu balas dengan tahi pun tak guna jugak kan..
rasa sakit hati tu pon rasa macam berbakul bakul jugak la..
"kau apehal tak puas hati dengan aku, aku buat baik kau buat onar. aha! 
sumpah sakit hati taknak dah aku baik dengan kau!
ya... inilah aku yang tengah rasa sakit hati hahaha... tapi tak guna bila bila ada orang baling batu kat kita, 
kita baling batu yang lagi besar kat dia.
 (haa baru padan muka kau! rasakan!)




kita adelah lebih bodoh dari dia..maaf sekiranya terkasar bahasa.
memang aku rasa  macam tu.. tidak semua orang sempurna, 
kadang-kadang niat mereka baik, tapi perbuatan yang mereka guna tu salah atau tersakitkan hati orang lain. kan.. susah nak tahu hati orang ni macam mana, sama jugak macam mana diorang susah nak tahu hati kita ni macam mana dengan apa yang diorang faham... bila diorang ingat diorang tahu semua benda, macam-macam diorang boleh ulas sendiri , nak terkurang ajar ke, nak terkasar bahasa ke, nak terlupa kawan ke, nak bertukar lawan ke. apa-apa pon jadi kan...



kadang-kadang sangkaan tu betul, kadang-kadang-kadang salah.
bila salah tu laa yang buat kita rasa seih  sedih kan...
aku pon bukan suka-suka hati je nak sedih, nak marah.. 
tapi orang kata "sarang tebuan jangan dijolok"
so lebih kurang macam tu lah, kalau taknak dipukul ombak, jagan bermain ditepi pantai...
kalau taknak kena tembak, jagan pandai-pandai cari pasal dengan orang.....
haaaaa(kan aku dah mengarut ni)
hehehhehe



aku tak expect ape yang orang lain akan rasa, akan buat dekat aku, 
dan orang lain pon macam tu kan... Allah je yang tahu.
cuma yela aku pon cuba buat yang terbaik untuk diri aku dan orang lain...
kalau aku rasa aku tak suka orang tu cari pasal dengan aku, aku pon sebolehnya takkan cari pasal dengan orang. kalau aku tak suka orang buat aku macam tu, aku pon sebolehnya taknak buat orang lain macam tu.
easy kan... tapi tak semua orang ingat apa yang diorang buat.
baiklah aku cuba terima. aku cuba bersangka baik.
sebolehnya, bersabarlah hati.. bersabarlah, ingatlah hati manusia tu milik ALLAH. 
Allah yang jaga, walaupun kita rasa tak salah, atau mungkin juga kita adalah orang yang sakit hati tu, bersabarlah, turunkan ego dengan meminta maaf...
meminta maaf demi sebuah kebahagiaan...
insyaAllah...huda boleh!!!



kalau sedih, menangis, nak meroyan royan ke, tonggeng-tonggeng atas katil ke, menangis tu bukannya perkara yang sia-sia sangat walaupun ramai orang ingat perempuan bila menangis tandanya dia lemah gila... lembik lah apelah... kadang-kadang orang yang hatinya kuat lah yang selalu menangis. dia cari semula kekuatan dia, tak perlu memaki hamun orang ke ape ke...sebar semua benda kat orang... untung kalau orang lain tu paham, bukan semua orang boleh paham hati kita , boleh paham apa yang kita rasa kan...habis kalau disalah ertikan.. bukan ke makin bertambah rasa sakit tu? 
sakit dan sedih tu lumrah hidup, dah cukup sebati dengan semua manusia..
 tipu lah kalau kata tak  sakit, tak sedih, 
tapi mohonlah supaya Allah lenyapkan rasa kurang puas hati atau sakit hati yang ada dalam hati tu dan  mohon jugak biarlah hati orang tu pon tenang tanpa ada rasa sakit dengan kita jugak. 






luka pastinya ada plaster kan... =D
ya.. memang hati aku ni keras macam besi berani...
tapi setiap orang tu mampu berdoa apa yang terbaik untuk diri dia...
so aku pon berdoa, bila hati aku ni sakit ke sedih ke, aku harap Allah lembutkan hati aku untuk lupakan dan maafkan semua benda yang berlaku tanpa kehendak aku..
aku sendiri pergi minta maaf walaupun aku tak salah.. 
supaya semuanya ok, semuanya bahagia-bahagia je...
supaya hati mereka pon senang, harap-harap saling bermaafan kan...




" How wonderful is the case of the believer 
( orang2 yang beriman). 
There is good for them in everything and this applies 
only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, 
he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him."
 - Riwayat Muslim.-

akhirul kalam.....




aku harap semuanya berakhir dengan indah,  INI REALITI KEHIDUPAN. kena terima dengan hati yang redha.... Ya Allah,,, terima kasih... terima kasih Ya Allah... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...