Tuesday, February 7, 2012

Lelaki Suka









Aku terbaca dalam blog SAYA CINTA ISLAM tentang ciri-ciri perempuan  yang disukai oleh kaum adam nihaaa...... baca punya baca... rasa tertarik pulak nak simpan ini story disini.... dalam banyak- banyak ciri2 nih, ade sikit je yang ada pada aku.... haishhh..... macam mana ni ?? AHAHAHA...

Tapi yang sebenarnya..... hurmmm aku setuju 70 % jer kot.... sebab setiap orang berlainan kehendaknya... sama lah macam ciri2 lelaki yang perempuan suka.... tak semua sama.....kan??? (ye yo o jer aku nih)

Apa-apa pun ciri yang no 9. tuh... aku setuju kot..... ahahaha..... " SEJUK MATA MEMANDANG"  macam mana erkk rasa sejuk tuh....kikiki.... ok2..
              "cubalah pandang saya... mesti awak rasa sejuk.."

hahahhaa..... betul ke semua lelaki suka yang sopan santun..... ishhh.. aku nih sopan adelah sikit... santun takde.... so takde  lelaki lah yang suka kat aku nanti.... watttteverrr.....





INILAH CIRI-CIRI KAUM HAWA YANG LELAKI SUKA     :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/#ixzz1lgcM0K00

Ade je lelaki yang suka pada perempuan seksi.... mungkin lelaki yang kurang pegangan agamanya......
Ade je lelaki tidak suka dengan  perempuan yang manja..... sebab perempuan manja dianggap banyak kerenah dan tidak matang......

Ape jua pun ciri2 ni..... yang penting jadi diri sendiri  disamping perbaiki apa yang patut itu lebih baik....
setiap orang ada jodoh masing2...... ke2 2 nya saling melengkapi..... 
kalau perempuan tu peramah.. mungkin lelaki tu pendiam....
kalau perempuan panas baran....mungkin lelaki tu penyabar orangnya....

sekian wassalam.... ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...